Ahad, 5 April 2009

Cara Menguruskan Indian Cotton

Indian Cotton adalah kain kapas yang bermutu tinggi dan dijual pada harga mencecah RM400 sepasang. Ini adalah kerana kapas yang digunakan adalah yang terbaik dan dipilih dengan teliti.

Terdapat 2 cara untuk menguruskan kain cotton ini.

CARA 1;
Kain ini perlu dibasuh dahulu sebelum dijahit. Ia bertujuan untuk merapatkan benang dan kain akan sedikit mengecut dan tekstur kain akan menjadi lebih kemas. Jika dibasuh selepas dijahit dibimbangi ukuran baju akan lari sedikit. Kain akan menjadi sangat lembut bila dibasuh. Cara basuhan ini cukup la sekadar merendam dalam air dan keringkan seperti biasa.

CARA 2;
Kain tidak perlu dibasuh jika dihantar kepada tailor yang profesional dan mahir dalam menilai jenis kain. Kebiasaannya, tailor akan menjahit baju tersebut dengan ukuran yang lebih besar sedikit dan apabila dibasuh baju tersebut akan mengikut ukuran yang dikehendaki oleh tailor tersebut.

Contoh baju kain cotton India yang telah siap dan diuruskan dengan cara kedua. Tekstur kain menjadi sangat lembut dan warna bunga nampak berseri. Perhatikan urat-urat benang tidak lagi kelihatan kerana benang-benang tersebut telah merapat selepas basuhan dibuat.

SARANAN;
Saya menyarankan semua pelanggan saya untuk membasuh dahulu kain tersebut untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin berlaku dengan tukang jahit masing-masing. Basuhan seterusnya boleh la menggunakan air dan sabun wangi(sabun mandi) dan basuh tangan untuk mengekalkan keaslian kain cotton tersebut.

Tiada ulasan: